Antara SAYA DAN KAMU, kita sama-sama makhluk Allah. Terciptanya SAYA DAN KAMU juga kerana Allah. Allah memberi peluang kepada SAYA DAN KAMU supaya SAYA DAN KAMU dapat sama-sama merasai indah ciptaan Tuhan. Jadi, apa lah salahnya jika SAYA DAN KAMU mengambil sedikit masa yang ada untuk mengucapkan syukur kepada Allah sebagai tanda sayang SAYA DAN KAMU kepadaNya. Alhamdulillah..syukur kepada Allah..;)

Friday, February 24, 2012

Catatan Buat Member Lama

Lama betul Luvlyneena tak jumpa dgn member yg sorang ni. Last borak dgn dia 22 Feb baru2 ni. Tu pun juz kat henpon je tau. Member Luvlyneena ni nama klasiknya Esah. Biasalah..dok kampung je, tambah plak mak bapak org jawa. So takde masa la nak cari nama yg moden2 ni. Dulu pun Luvlyneena slalu gak berangan, kalau la nama kita ni boleh di ubah sesuka ati, tringin gak nak bubuh Sharifah, Maria, Lisa, Shahira (budget dah abis sedap la kononnya)..tapi bila umur dh meningkat ni, Luvlyneena rasa nama bukan penghalang utk kita capai apa yg kita mahu. Bahagia tak mengenal nama..;)
Luvlyneena dah brkawan dgn Esah ni sejak skolah tadika lagi sampailah abis form 5. Ingat lagi masa masuk skola menengah dulu, cikgu2 slalu kompius bila tengok kami berdua. Kawan2 yg baru kenal pun cakap dorang kompius. Ramai yg cakap muka kami sama. Ntah, kami tak rasa pun muka kami sama. Abis form 5 takde contact lagi. Yelah, Esah budak pandai. Of koz lah sambung study. Tahun 2006 dapat info dia nak kawin. Member nak kawin, of koz lah kena datang beb..siap jadi pengapit tau. Maklumlah, Luvlyneena ni tak suka nak hampakan orang..=D
Cuma rezeki dia dapat anak tu lambat sikit. Setahun lepas tu Luvlyneena plak yg kawin. Apa yg menariknya, kami ni lahir pada bulan yg sama. Kebetulan plak Allah beri rezeki anak sulong pada kami yg turut lahir pada bulan yg sama (Januari) diikuti pula dgn anak nombor 2 yg turut lahir pada bulan yg sama juga (April). Semua ni terjadi tanpa di rancang. Insya Allah akan datang kami teringin skali lagi cipta sejarah utk anak yg 3 plak. Bulan bpe ye Puan Esah?..hehehe..
Apapun Luvlyneena akan sentiasa doakan yg terbaik buat teman2 seperjuangan. Percayalah bahawa setiap langkah ke hadapan tidak akan menghampakan jika ia diiringi dgn keikhlasan.

Esah with Qaseh.

Note : "Esah, tima kasih ye sebab awk sudi baca laman blog kite ni. Kite saje info kat Esah pasal blog ni supaya Esah tak bosan sangat dok umah waktu anak2 tengah tido..hahaha..sorry bebanyak sebab kite dh curi gmbar ni kat fb Esah. Tolong jgn saman kite..;p".

0 ulasan:

Post a Comment