Antara SAYA DAN KAMU, kita sama-sama makhluk Allah. Terciptanya SAYA DAN KAMU juga kerana Allah. Allah memberi peluang kepada SAYA DAN KAMU supaya SAYA DAN KAMU dapat sama-sama merasai indah ciptaan Tuhan. Jadi, apa lah salahnya jika SAYA DAN KAMU mengambil sedikit masa yang ada untuk mengucapkan syukur kepada Allah sebagai tanda sayang SAYA DAN KAMU kepadaNya. Alhamdulillah..syukur kepada Allah..;)

Tuesday, May 15, 2012

Iktibar Untuk Semua


Tiba-tiba Luvlyneena terjumpa keratan ni dalam fb. So, tak salah kalau Luvlyneena nak share kat blog Luvlyneena. 

"Pelakon genit Yatt Hamzah, 32, terkejut apabila kepalanya melekat lebih setengah jam pada sejadah ketika dia melakukan solat taubat baru-baru ini. Dalam sujud yang lama itu, Yatt berkata, dia nampak jelas setiap wanita mendedahkan aurat dipanggang api neraka yang amat dahsyat."

Mudah2an lepas ni kita semua akan lebih utamakan aurat tidak kira walau dimana berada. 

Kisah Kami

9 -11 Mei 2012 
Luvlyneena terlibat dgn kursus Microsoft Excel 2007 siri kedua. Kursus kali ni di buat kat Felda Residence Tanjung Leman. Dekat la sikit dgn umah Luvlyneena. So, petang tu Luvlyneena tiba agak lewat sikit. Lepas lapor diri kat kaunter, urusetia terus bagi kunci bilik. Fuh, lega...nasib baik Mr Luvly yg hantarkan Luvlyneena. So, urusan mengangkat beg baju memang kompom keje Mr Luvly..hehehe..
Malam pertama tidur tanpa suami & anak2 memang sunyi giler. So, malam tu lepas abis slot kedua Luvlyneena terus masuk bilik untuk mandi & sembahyang Isyak. Abis solat, baca surah Yasin plak sebagai pendinding diri sebelum tidur. Biasa sebelum tidur memang kebiasaan Mr Luvly baca doa & hembus kat ubun2 Luvlyneena & anak2. Tapi malam tu Luvlyneena kenalah jaga diri sendiri.
Hari kedua kursus, petang tu Mr Luvly bawak anak2 jenguk Luvlyneena kat hotel. Bukan takat jenguk je, Mr Luvly siap check in bilik sebab nak bermalam kat sana. Luvlyneena pun tak lengah, masuk bilik kemas beg pastu terus serbu bilik Mr Luvly. Harap2 takdela yang IRIHATI dgn kami..hehehe... 

 
 Luvlyneena tengah tunggu masa yg sesuai utk kuar bfast sebelum memulakan slot terakhir.
 Hensemnyer Mr Luvly aku yg sorang ni..patutlah ada yg tergoda..=)

 Athirah & Adam dalam mood stanby utk mandi kolam.


 Masa ni Luvlyneena sempat keluar sekejap dari dewan sebab nak tengok Mr Luvly handle anak2.=D

12 Mei 2012
Pagi tu kami bersiap awal sebab nak pegi ke majlis Maulidur Rasul anjuran pejabat Mr Luvly. Tapi takdelah awal sangat sebab Luvlyneena nak kemas umah dulu, pastu packing beg baju (lepas majlis terus balik Batu Pahat)

 Athirah sedang menyiapkan Adam.

Topik ceramah pada hari tersebut adalah tentang IBU. Banyak jugaklah pengisian yg menarik & padat yg dimuatkan dalam ceramah tersebut. Selain tu, penceramah ada jugak menyebut tentang zina, pembuangan anak, adab pergaulan..memang best la. Sesuai sangat dgn apa yg berlaku pada masa kini. So, kenalah amik iktibar dari apa yg di dengar. Bukan sekadar mendengar tapi tiada satu pun yg tersemat dalam hati. Selesai majlis, kami terus gerak balik ke Batu Pahat. Sepanjang dalam perjalanan, Luvlyneena terangkan semula pada Mr Luvly tentang isu ceramah yg disampaikan tadi. Maklumlah, masa penceramah tu sibuk bercakap, Mr Luvly sibuk rewang kat dapur..

Sepetang @ Tasik Y, Batu Pahat.



-END-

Monday, May 14, 2012

Tiada Yang Kedua


Fuh, Luvlyneena baru jer abis tengok telemovie Tiada Yang Kedua @ Astro Citra. Cerita yg agak menyedihkan tapi kebahagiaan jua yg dicapai. Bergenang jugalah air mata Luvlyneena ni..hehehe..tapi jangan salah sangka plak. Jalan citer ni takde kena mengena dgn idup Luvlyneena pun. Luvlyneena cuma terharu dgn keikhlasan seorang insan yg bernama isteri. 
Serba ringkas jelah ye...Shira berkahwin dgn lelaki pilihan keluarganya. Namun ketika saat gembira menanti keindahan malam pertama, suaminya memberitahu bahawa hatinya telah dimiliki oleh perempuan lain. Suaminya membuat perjanjian agar perkahwinan mereka mesti berakhir dalam tempoh 2 tahun. So, kalau nak tau yg selebihnya, tunggulah ulangan telemovie ni @ baca novel pun kira okeylah..hehehe..
Buat Mr Luvly yg tersayang, percayalah tiada lelaki yang kedua dalam hati saya ni selain dari awak yg bernama suami. Percayalah yg saya takkan berhenti dari mencintai & menyayangi awak kerana awak adalah anugerah Allah buat diri saya dunia & akhirat. Sayang awak sangat2! hehehe..;)

Selamat Hari Ibu


Alhamdulillah...syukur ke hadrat Ilahi kerana di usia Luvlyneena yg kian meningkat ni, Luvlyneena masih diberi kesempatan utk merasai kasih sayang dari seorang ibu yg sememangnya sangat2 Luvlyneena sayangi. Bukan setakat kasih sayang dari ibu kandung je, malah Luvlyneena turut merasai kasih sayang dari ibu mertua juga. Terima kasih Allah atas nikmat yang Kau berikan pada hamba Mu ini. Luvlyneena harap sangat biarlah kasih sayang ini kekal hingga ke syurga. 
Buat bonda2 tersayang, Sapurah binti Leoun (ibu Luvlyneena) & Robigaton binti Bikan (ibu mertua), segala kasih sayang & pengorbanan kalian tiada galang gantinya. Hanya doa yg dapat Luvlyneena kirimkan untuk kalian setiap hari. Buat anak2 ummi yg tercinta, ummi mengharapkan kalian menjadi anak yg soleh & soleha. Percayalah wahai anak2 ummi bahawa ummi sentiasa mendoakan yg terbaik buat anak2 ummi..=D

Sunday, May 6, 2012

Bila Luvlyneena Dah Mula Bersuara...


Inilah yang akan Luvlyneena katakan...
"Jangan pentingkan hati sendiri tanpa hiraukan hati orang lain".


Saturday, May 5, 2012

Aktiviti Kami @ SaturdaY

Waktu cuti macam nilah Luvlyneena & Mr Luvly dapat luangkan masa bersama. Uruskan anak2, kemas umah, membasuh, memasak...syukur Mr Luvly jenis ringan tulang. So, mudahlah sikit tugas Luvlyneena..hehehe..TQ sayang. Cayang awak sangat2..=D 

Menu Luvlyneena untuk arini ringkas jer..
 Ikan masin yg dibuat sendiri oleh mak Luvlyneena. TQ mak..hehehe..memang besh!

 Sambal tomato hijau + petai + bunga kantan 
Ni feveret Mr Luvly. 

 Sayur keladi

 Ikan goreng

Tugas2 Mr Luvly plak..
 Susun atur semula bilik baju Luvlyneena. Katil tu nak dikeluarkan sebab baju dah makin bertambah. 

Ni semua koleksi baju yg dah dikeluarkan oleh Mr Luvly dari bilik baju tadi. Ini cuma sebahagian je, yang lain Luvlyneena simpan dalam almari besar. Fuh, lega...akhirnya semua tugas kami selesai. TQ Allah =D

Cerita Sebatang Pensel



Arini Luvlyneena luangkan masa dgn internet kejap. Tiba2 hati Luvlyneena terpaut kat satu artikel tentang pensel. Artikel ni Luvlyneena cedok dari SINI. Kalau dibaca dari sudut pemikiran yg positif, Insya Allah ianya dapat membantu perjalanan kehidupan kita ke arah yg lebih baik. Insya Allah..=D
Anak:”Apa ibu sedang tulis? Ibu menulis tentang siapa? Atau pengalaman ibu?”
Ibu :”Ibu menulis tentang diri kamu, tapi ada yang lebih penting dari itu iaitu pensel ini.”
Anak:”Apa yang istimewa tentang pensel ini?”
Ibu :”Ibu berharap hidupmu adalah seperti pensel ini. Walaupun sebatang pensel, ada lima nilai yang boleh kita pelajari daripadanya. mahu tahu?.”
Anak: “Ya, Ibu.”
Pertama.
Pensel Ini mengingatkan jika kamu boleh membuat sesuatu yang hebat dlm hidup ini. Jangan lupa, ibarat pensel, ada tangan yang memegangnya. Maka, ingatlah akan adanya kuasa yang membimbing langkah hidupmu iaitu ALLAH S.W.T. Dia akan selalu membimbing kita menurut kehendak-NYA.
Kedua.
Ketika menulis, pensel kerap menjadi tumpul. Ibu terpaksa berhenti untuk mengasahkannya. Pensel ini pasti menderita ketika diraut. tetapi hasilnya ia menjadi tajam & bagus tulisannya. Begitu juga akan berlaku dalam hidup kamu. Kamu mesti berani menempuh kesusahan kerana ia menjadi baja atau sebab untuk dirimu menjadi lebih baik.
Ketiga.
Pensel ini mungkin menghasilkan tulisan yang salah. Namun kita boleh memadamkan dan betulkan tulisan ini semula, Begitulah yang ibu harapkan kepada anak ibu ini, sentiasalah memperbaiki kesalahan dalam hidup. Ia bukanlah sesuatu yang hina kerana dengan memperbaiki kesalahan, kita akan sentiasa berada di jalan yang benar.
Keempat.
Tahukah anak ibu, mana yang lebih penting; luar atau isi pensel ini? Sudah tentu arang atau karbon di dalamnya. Oleh sebab itu, berhati-hatilah dengan apa yang tidak baik dalam diri kamu itu dan hindarilah.
Kelima.
Pensel ini selalu meninggalkan tanda atau goresan. Begitu juga kamu, apa sahaja yang kamu buat pasti akan meninggalkan kesannya pada diri kamu atau orang lain. Ibu berharap kamu akan selalu berhati-hati dan bijak dalam bertindak.